NASIONAL

Rapid KL sedia dua perkhidmatan sempena Thaipusam

16 Jan 2019, 8:49 AM
Rapid KL sedia dua perkhidmatan sempena Thaipusam
Rapid KL sedia dua perkhidmatan sempena Thaipusam

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 16 JAN: Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan dua perkhidmatan khas untuk kemudahan pengguna mengunjungi Batu Caves, sempena sambutan Thaipusam, pada 21 Januari ini.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan berkata, perkhidmatan selama dua hari bermula pada 20 hingga 21 Januari itu bagi menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam, sekali gus mengelakkan kesesakan di kawasan terbabit.

"Sebanyak 18 buah bas disediakan untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching.

"Manakala dua bas disediakan dari stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan kekerapan masing-masing 15 minit dan 30 minit," katanya.

Kenyataan sama turut menyebut, kadar tambang sehala dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari stesen LRT Gombak, manakala kaedah pembayaran adalah tunai sahaja.

"Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini bermula dari jam 5 pagi hingga 12 tengah malam," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan RapidKL di 03-7885 2585 atau berhubung dengan kami melalui saluran media sosial Rapid KL.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619