SELANGOR

MB serah pada Majlis Presiden PAKATAN

16 Jan 2019, 2:41 AM
MB serah pada Majlis Presiden PAKATAN

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 JAN: Keputusan pemilihan calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diserahkan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN).

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, majlis terbabit akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai pemegang kerusi atau sebaliknya.

"Saya percaya kita harus beri ruang kepada semua untuk melakukan perbincangan berkenaan isu ini.

"Secara asasnya, Kerajaan Negeri akan beri sokongan penuh kepada Majlis Presiden PAKATAN dan kita perlu bekerja keras untuk kekalkan kemenangan pada 2018," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE), di ibu pejabat IDE.

Kerusi DUN Semenyih kosong setelah penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada 11 Januari lalu ekoran sakit jantung, di Hospital Kajang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Allahyarham menang kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 8,964 undi, mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619