NASIONAL

Badan promosi pelancongan disaran sertai program di Jerman

13 Jan 2019, 4:25 AM
Badan promosi pelancongan disaran sertai program di Jerman

LANGKAWI, 13 JAN: Kerajaan menyarankan badan promosi pelancongan negeri, termasuk pihak swasta supaya menyertai promosi pelancongan di Jerman, pada Mac ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penyertaan pada program promosi itu penting kerana Malaysia menjadi rakan rasmi negara bagi penganjuran International Tourismus-Boerse (ITB) 2019 yang akan diadakan di Berlin.

"Peluang sebegini tidak harus dilepaskan para pemain dalam industri pelancongan kerana ini adalah landasan promosi terbesar pelancongan dunia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama penggiat industri perhotelan di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai ITB, perlu merujuk kepada pihak kementerian untuk tindakan lanjut dan pengesahan penyertaan.

"Saya yakin dengan penyertaan dari setiap negeri, ia akan memberikan impak lebih besar kepada industri pelancongan negara," katanya.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619