NASIONAL

NIOSH cadang tandas pejabat kawasan larangan merokok

13 Jan 2019, 2:45 AM
NIOSH cadang tandas pejabat kawasan larangan merokok

PUTRAJAYA, 13 JAN: Kementerian Kesihatan disaran memperluaskan kawasan larangan merokok di pejabat khususnya di tempat tertutup seperti tandas.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, majikan perlu memperhalusi perkara itu sebagai galakan kepada gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.

“Di samping kita memberi kebebasan kepada perokok untuk merokok, perlu juga ada had kawasan.

“Saya dapati ramai pekerja yang menggunakan tandas pejabat untuk merokok, sekali gus memberi kesan kepada bukan perokok yang menggunakan kemudahan sama.

“Justeru, majikan perlu menyediakan tempat khas bagi mereka supaya orang lain tidak terjejas,” katanya selepas melepaskan peserta larian program My Jantungku 2019, di sini, lapor BHOnline.

Terdahulu, lebih 2,000 peserta menyertai program anjuran Pertubuhan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619