SELANGOR

KSSB laksana CSR bantu pelajar Orang Asal

12 Jan 2019, 6:28 AM
KSSB laksana CSR bantu pelajar Orang Asal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 12 JAN: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengorak langkah memperkasa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menyantuni masyarakat Orang Asal dengan memberi persalinan baju seragam sekolah, baru-baru ini.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Wahab Nordin berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban ibu bapa pelajar berkenaan dalam membuat persediaan kemasukan sesi persekolahan 2019.

"Program CSR ini dilaksanakan di beberapa kawasan kampung masyarakat Orang Asal yang berhampiran dengan tapak operasi KSSB, di negeri ini.

"KSSB sentiasa berusaha bertanggungjawab dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat di mana sahaja kami beroperasi," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelaksanaan program CSR turut merangsang sosioekonomi berterusan dengan memberi penekanan terhadap aspek pendidikan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar.

"Ia selaras hasrat Kerajaan Negeri supaya tidak meminggirkan masyarakat Orang Asal, terutama di negeri ini," katanya

Terdahulu, seramai 227 pelajar menerima sumbangan itu membabitkan kawasan Kampung Orang Asal Bukit Tadom (102), Kampung Orang Asal Bukit Serdang (34), Kampung Orang Asal Sungai Garing (enam) dan Kampung Orang Asal Pulau Kempas (85).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619