NASIONAL

7 UTC beroperasi hingga 10 malam

12 Jan 2019, 4:08 AM
7 UTC beroperasi hingga 10 malam
7 UTC beroperasi hingga 10 malam
7 UTC beroperasi hingga 10 malam

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JAN: Kementerian Kewangan menetapkan hanya tujuh Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di pusat membeli belah akan beroperasi sehingga jam 10 malam, manakala selebihnya beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 7 malam.

Lokasi UTC itu adalah Shah Alam (Selangor), Keramat (Kuala Lumpur), Seremban (Negeri Sembilan), Alor Setar (Kedah), Johor Bahru (Johor), Kota Bharu (Kelantan) dan Kuala Terengganu (Terengganu).

Katanya, pertukaran waktu operasi itu turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, berkuat kuasa 22 Januari 2019.

"UTC tetap beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

"Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa sama, perbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga," katanya dalam kenyataan.

Bagi UTC yang beroperasi sehingga jam 10 malam, waktu rehat adalah dari jam 7 hingga 8 malam, manakala pada hujung minggu, semua UTC beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang

Sebelum ini, kerajaan menetapkan waktu operasi UTC, di seluruh negara dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Bagaimanapun, maklum balas diterima daripada orang awam memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga jam 10 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619