SELANGOR

Selangor belanja RM3.2 bilion bantu rakyat sejak 2008

12 Jan 2019, 2:15 AM
Selangor belanja RM3.2 bilion bantu rakyat sejak 2008

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 12 JAN: Sebanyak RM3.2 bilion dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat, melalui pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), sejak 2008.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap golongan memerlukan bagi memastikan hasil negeri dinikmati bersama.

Katanya, usaha itu akan diteruskan bagi memastikan golongan memerlukan mendapat pembelaan.

"Memang menjadi cita-cita kita sejak 2008 lagi untuk membentuk kerajaan yang sentiasa berkongsikan hasil kekayaan negeri bersama rakyat.

"Sejak 2008 sehingga ke Disember 2018, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM3.2 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Serahan IPR, di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 350 peserta penerima bantuan IPR, antaranya Skim Perkahwinan Belia, Skim MamoSel, Bantuan Persekolahan, Kad Pedui Sihat dan Bantuan Persekolahan TAWAS.

Sementara itu, ketika menyentuh isu pemberian air percuma, Amirudin berkata, program itu akan diteruskan.

"Orang yang kata subsidi dihentikan itu tidak betul tetapi apa yang berlaku, Kerajaan Negeri melakukan penjajaran terhadap skim IPR dengan fokus kepada golongan memerlukan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619