SELANGOR

Semak dahulu sebelum sebar sesuatu berita - ADN

9 Jan 2019, 8:56 AM
Semak dahulu sebelum sebar sesuatu berita - ADN
Semak dahulu sebelum sebar sesuatu berita - ADN
Semak dahulu sebelum sebar sesuatu berita - ADN

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 JAN: Masyarakat disaran merujuk kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu sebelum bertindak menyebarkannya.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, ini kerana penyebaran berita tidak sahih mampu mengelirukan orang ramai.

Katanya, ia seperti berita pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Selangor yang tular, baru-baru ini.

"Saya ada terima salinan kertas kerja daripada pihak tidak dikenali kononnya ada cadangan mahu membina lapangan terbang terbabit.

"Namun, selepas disemak dengan pihak Pejabat Dato' Menteri Besar, cadangan itu sebenarnya memang tiada.

"Oleh itu, saya berharap pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menyebarkan perkara sedemikian yang mana ia akan mengelirukan orang ramai," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Terdahulu, tular berita palsu berkenaan pembinaan Lapangan Terbang Kuala Selangor di laman Facebook ‘Hello Malaysia’ pada 1 Januari lalu.

Melalui laman Facebook itu, 'admin' kononnya memberitahu pihaknya menerima gambar peta perancangan pembangunan Lapangan Terbang Kuala Selangor yang bakal merubah landskap pembangunan di situ.

Gara-gara berita palsu terbabit, netizen membuat pelbagai spekulasi termasuk mengkritik tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sudah mengesahkan menerusi kenyataan itu di laman Facebook rasminya bahawa tiada perancangan untuk membangunkan projek mega terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619