NASIONAL

Anggota polis maut dipercayai langgar lari

7 Jan 2019, 7:01 AM
Anggota polis maut dipercayai langgar lari

SITIAWAN, 7 JAN: Seorang anggota polis maut manakala seorang orang awam cedera parah selepas motosikal yang ditunggang masing-masing dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan, dalam kejadian di Km3 Jalan Sitiawan-Ayer Tawar berhampiran Taman Nesa, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata, dalam kejadian jam 9.05 malam itu, Kpl G. Kumaran, 34, yang bertugas di Balai Polis Seri Manjung, maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang lelaki berusia 41 tahun patah bahu kiri serta beberapa kecederaan lain.

"Akibat jarak yang terlalu dekat, kedua-dua motosikal itu tidak sempat mengelak lalu dilanggar kenderaan berkenaan yang kemudian dipercayai lari selepas kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, polis sedang mengenal pasti kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Nur Athira Ramlan melalui talian 018-9702345 untuk membantu siasatan.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619