SUKANKINI

FAS komited lahir pengadil berkualiti, antarabangsa

6 Jan 2019, 7:58 AM
FAS komited lahir pengadil berkualiti, antarabangsa

OLEH SHEEDA FATHIL

PUNCAK ALAM, 6 JAN : Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) komited mahu melahirkan pengadil berkualiti sekali gus mampu melangkah jauh sehingga ke peringkat antarabangsa dan mengadili Piala Dunia.

Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, sehubungan itu pelbagai program dan seminar dijalankan FAS demi pembangunan dan peningkatan kualiti pengadilan bola sepak di negeri itu.

"Seminar ini adalah agenda tahunan FAS bagi memastikan pembangunan pengadil terutama di Selangor berterusan.

"Hanya dengan melahirkan pengadil berkualiti ke peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor dapat melahirkan calon pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang berpeluang ke peringkat Piala Dunia," katanya dalam Majlis Perasmian Seminar Pengadil dan Penilai Pengadil FAS 2019 di Kompleks Akademi Bolasepak Merah Kuning di sini, hari ini.

Seminar terbabit disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Pengadil FAS, R Sekar Chandran.

Setakat ini, Selangor berjaya melahirkan beberapa pengadil bertaraf antarabangsa seperti Razlan Jofri Ali selaku pengadil FIFA, Mohd Muazzi Zainal Abidin (penolong pengadil FIFA), Helday Idang (Pengadil futsal FIFA) dan Wan Mohd Tarmizi Mohd Ibrahim (pengadil bola sepak FIFA) selain 20 pengadil kebangsaan FAM.

Difahamkan, Mohd Muazzi kini sedang bertugas selaku Penolong Pengadil FIFA di Piala Asia Doha 2019.

Ia adalah noktah kejayaan keluarga Pengadil Selangor yang sentiasa melahirkan Pengadil berkualiti ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Mengulas lanjut, Dr Johan berkata, seminar terbabit memberi penekanan kepada kefahaman undang-undang bola sepak dan cara aplikasinya di padang selain memastikan hanya pengadil cergas sahaja didaftarkan untuk mengendalikan Liga FAS tahun ini.

"Pengadil dan penilai pengadil turut didedahkan dengan teknik pengadilan terkini di guna pakai FIFA dan Persatuan Bolasepak Asia (AFC)," katanya. menambah seraamai 130 pengadil bakal mengendalikan Liga FAS tahun ini.

Katanya, FAS optimis semua pengadil di Selangor dapat memberi persembahan berkualiti dan membanggakan ketika mengendalikan liga.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619