ALAM SEKITAR & CUACA

Bot terbalik: Seorang maut, seorang selamat

4 Jan 2019, 6:26 AM
Bot terbalik: Seorang maut, seorang selamat
Bot terbalik: Seorang maut, seorang selamat

PELABUHAN KLANG, 4 JAN: Seorang mati lemas manakala seorang terselamat apabila bot fiber yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang dan laut bergelora berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kpt Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang dan terus menghantar pasukan mencari serta menyelamat.

"Kami menemui seorang mangsa yang terselamat, Amir Hamzah Mohd Jani, 55, berpaut pada sebuah tong minyak manakala rakannya yang dikenali sebagai Syed Noor Masadi, 51, ditemui mati lemas pada jarak kira-kira 0.8 batu nautika dari Perepat, Kapar, dekat sini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau berkata, mayat Syed Noor dan rakannya yang selamat, Amir Hamzah, dibawa ke jeti Pulau Indah untuk tindakan selanjutnya

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Sungai Sembilang, Jeram, dekat sini, keluar memancing di laut, kira-kira jam 3 pagi, semalam, katanya.

Mohammad Rosli berkata, pihak APMM mengingatkan supaya komuniti laut sentiasa mengambil berat soal keselamatan ketika di laut terutama aspek pemakaian jaket keselamatan.

"Penggunaan jaket keselamatan sangat perlu tanpa menganggapnya sebagai satu beban kerana pemakaian jaket itu boleh menyelamatkan nyawa sementara menunggu ketibaan bot penyelamat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619