PENDIDIKAN

Ragam pelajar istimewa warnai hari pertama persekolahan

2 Jan 2019, 4:01 AM
Ragam pelajar istimewa warnai hari pertama persekolahan
Ragam pelajar istimewa warnai hari pertama persekolahan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 2 JAN: Hari pertama sesi persekolahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaaan Sultan Alam Shah 1 diwarnai dengan pelbagai ragam pelajar dan ibu bapa yang buat pertama kali menghantar anak ke sekolah.

Deraian air mata, jeritan penuh hiruk-pikuk antara yang menghiasi hari pertama persekolahan hingga memaksa ibu bapa serta guru menenangkan keadaan dengan cara paling berhemah.

Sekolah yang mula dibuka sejak 1996 itu menempatkan 62 pelajar terdiri daripada darjah 1 hingga 6 bagi sesi 2019 dengan enam buah kelas, 10 orang guru serta dibantu tiga pembantu pengurusan murid.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Abd Rahman Ramly berkata, antara kategori pelajar di situ adalah autisme, disleksia, down syndrome, cerebral palsy, terencat akal dan 'slow learner'.

"Hari ini juga kita turut mengadakan jualan seperti makanan sejuk beku (forzen food) di kedai pendidikan khas bagi melatih murid.

"Ibu bapa juga turut berpeluang melihat lebih dekat sesi pembelajaran, di sini termasuk cara guru mengendalikan pelajar," katanya.

Walaupun terdiri daripada pelajar istimewa, sekolah itu pernah melakar kejayaan cemerlang antaranya johan pertandingan Tilawah al-Quran, menyertai beberapa pertandingan sukan seperti berenang dan boling serta mengadakan lawatan sambil belajar di Sabah, Langkawi, Pahang juga Ipoh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619