SELANGOR

ADN sokong larangan merokok di premis makanan

2 Jan 2019, 2:11 AM
ADN sokong larangan merokok di premis makanan

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 2 JAN: Larangan merokok di semua premis makanan yang berkuat kuasa semalam mendapat sokongan orang ramai termasuk Halimey Abu Bakar.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu berkata, larangan itu diperlukan kerana merokok bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, namun turut memberi kesan kepada orang sekeliling.

"Saya bukan seorang perokok, namun keputusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) menguat kuasakan arahan itu amat dipersetujui dan disokong.

"Cadangan untuk memperluaskan kawasan larangan merokok yang diuar-uarkan seperti di dobi dan hotel satu tindakan yang bagus," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat DUN Seri Setia, di Pusat Khidmat DUN Seri Setia, di sini, semalam.

Justeru, beliau menasihati perokok supaya mengikuti undang-undang yang sudah ditetapkan kerajaan.

Terdahulu, KKM mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini, berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan terbabit.

Malah, tindakan akan diambil terhadap perokok dan pemilik restoran yang tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619