SELANGOR

MB luang masa sarapan dengan penduduk

1 Jan 2019, 8:43 AM
MB luang masa sarapan dengan penduduk

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 1 JAN: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkesempatan menjamu sarapan pagi bersama penduduk di Medan Selera Pasar Selayang Baru sempena Program Turun Padang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua tiba pada jam 10.30 pagi sempat beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi pasar pagi, di lokasi sama.

Pada masa sama, anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyerahkan sumbangan kalendar tahun baru kepada pengunjung sebagai cenderahati.

Ketua Kampung Sungai Kertas, Jamil Azaman Razak berkata, program terbabit diadakan saban tahun bersama Amirudin sebelum beliau bergelar Dato' Menteri Besar lagi.

Katanya, ia sebagai objektif Amirudin menyantuni masyarakat setempat selain beramah mesra bagi mengetahui permasalahan setempat bersama barisan kepimpinan kawasan DUN Sungai Tua.

"Sememangnya medan selera pasar ini menjadi tumpuan Amirudin kerana ia turut dikunjungi masyarakat daripada pelbagai kaum dari seluruh Selangor.

"Selama wujud hampir 40 tahun di sini, peniaga masih mengekalkan kualiti makanannya sehingga ia menjadi tumpuan setiap minggu," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619