PENDIDIKAN

Pendidikan pelaburan terpenting buat negeri - Amirudin

1 Jan 2019, 6:46 AM
Pendidikan pelaburan terpenting buat negeri - Amirudin

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 1 JAN: Menyedari pendidikan adalah pelaburan terpenting bagi membolehkan sesebuah negeri menjadi lebih baik dan sejahtera, Kerajaan Negeri komited menyalurkan bantuan persekolahan kepada anak Selangor.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia dilaksanakan melalui program Back To School melalui sumbangan barangan persekolahan kepada kira-kira 400 kanak-kanak, bagi sesi 2019.

Katanya, langkah itu selaras komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan bidang pendidikan, di Selangor.

"Kita mahu bantuan ini mendapat penerimaan secara menyeluruh memandangkan kerajaan mahu akses lebih supaya masalah berkaitan pendidikan di sekolah menengah mahupun rendah dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mini Karnival Back To School Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, di Padang Awam Batu Caves, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pihaknya juga mahu aspek pendidikan dipertingkat melalui pembangunan gugusan pendidikan bagi kawasan Gombak, bermula tahun ini.

"Kerajaan Negeri melihat aset di Gombak boleh dikembangkan, sekali gus menjadi pemangkin pendidikan di Selangor.

"Semoga dengan usaha dan pelaburan ini akan membolehkan Selangor terus maju dengan pembangunan pendidikan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619