NASIONAL

Isu pakaian komunis: Azwanddin berdepan saman RM20 juta

31 Dis 2018, 7:34 AM

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong memfailkan saman fitnah RM20 juta terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berhubung penerbitan dua artikel berkenaan isu pakaian seragam komunis.

Chin Tong memfailkan saman itu menerusi firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 27 Disember lalu.

Chin Tong dalam samannya menuntut daripada Azwanddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan RM20 juta dan injunksi bagi menghalang presiden JMM itu daripada terus menerbitkan artikel sama.

Menurut kenyataan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ram Karpal Singh hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Januari depan untuk pengurusan kes saman itu.

Ram Karpal berkata, Azwanddin menyiarkan artikel berkenaan yang bertajuk 'Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman' dengan keterangan bergambar di laman Facebook miliknya pada 30 Oktober lalu dan di laman web JMM pada 19 November lalu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619