SELANGOR

2,593 kes denggi, MPAJ 'Search & Destroy'

24 Dis 2018, 9:15 AM
2,593 kes denggi, MPAJ 'Search & Destroy'

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

AMPANG, 24 DIS: Sebanyak 2,593 kes denggi dicatatkan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan tiga kes kematian dilaporkan sehingga 18 Disember lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Abd Hamid Hussain berkata, pihaknya turut mengenal pasti dua tempat panas (lokaliti hotspot) bermula minggu epid ke-51 sehingga kini.

"Lokasi ini termasuk Bandar Baru Ampang iaitu Jalan Wawasan 2/1, 2/8, 2/10 dan 2/12 mencatatkan 15 kes serta tempoh wabak melangkaui 45 hari.

"Manakala, lokaliti hotspot kedua di Kampung Tasik Tambahan iaitu Jalan Tasek Tambahan 3, 3/1 hingga 3/5 membabitkan tujuh kes serta 30 hari tempoh wabak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh di Bilik Mesyuarat 1, Menara MPAJ, di sini, hari ini.

Abd Hamid berkata, sebagai tindakan kawalan, MPAJ akan lebih agresif dalam menjalankan Pemeriksaan dan Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) menggunakan konsep 'Search & Destroy'.

Katanya, ia dilakukan di sekitar 200 radius dari lokaliti kes sporadik dan wabak dengan melakukan pemeriksaan terhadap tapak bina, tanah atau lot kosong, padang permainan, kawasan rekreasi, institusi pendidikan juga kawasan tumpuan awam.

"Kita juga meneruskan pendekatan ekosistem yang bermula pada 20 Jun tahun lalu bagi mengenal pasti lokasi yang bermasalah dan berpotensi menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi.

"Bagi aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah pula, selain ceramah berkaitan denggi, pameran, PTP dan pengedaran risalah, pihak jabatan juga menyediakan forum keselamatan dan kesihatan bagi mengatasi serangan virus demam denggi dengan kerjasama Bahagian Alam Sekitar,” katanya.

Katanya, MPAJ turut mengadakan pertandingan gubahan 'Flower Ovitrap' bersama JKP dan penduduk yang memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai salah satu tindakan kawalan pencegahan denggi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619