SUKANKINI

Pasukan bola sepak negara masih berpotensi- Tun M

15 Dis 2018, 11:48 PM
Pasukan bola sepak negara masih berpotensi- Tun M

BANGKOK, 16 DIS: Walaupun pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF Suzuki 2018 selepas tewas dengan agregat 2-3 di tangan Vietnam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan skuad Harimau Malaya berpotensi untuk menang pada masa akan datang.

Katanya skuad negara mempamerkan permainan yang baik.

"Saya berharap para pemain dan jurulatih kita tidak kecewa dan sebaliknya melihatnya sebagai pengalaman untuk meningkatkan lagi kebolehan mereka.

"Saya yakin dengan sedikit lagi usaha kita mempunyai potensi untuk memenangi perlawanan-perlawanan berikutnya," kata Dr Mahathir selepas menyaksikan siaran perlawanan final kedua di antara Malaysia dan Vietnam, di sini malam tadi.

Dr Mahathir sebelum itu menghadiri majlis makan malam anjuran Universiti Rangsit (RSU).

Mengulas perlawanan itu, perdana menteri menyifatkan nasib tidak menyebelahi Malaysia.

"Walaupun mereka beberapa kali mencuba di depan gol Vietnam, entah bagaimana bola itu sampai ke pihak Vietnam dan mereka tendang jauh daripada gol mereka... dengan itu peluang untuk kita score (jaringkan gol) pun makin sukar," katanya lagi.

Dr Mahathir berada di sini untuk menerima ijazah doktor kehormat dalam kepimpinan sosial, perniagaan san politik daripada RSU.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619