NASIONAL

JBPM optimis Muhammad Adib tunjuk reaksi positif

13 Dis 2018, 9:42 AM
JBPM optimis Muhammad Adib tunjuk reaksi positif
JBPM optimis Muhammad Adib tunjuk reaksi positif

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 13 DIS : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) optimis mendapat perkhabaran positif daripada doktor pakar yang merawat Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tempoh dua hari lagi.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, hal itu penting untuk memastikan pihak berkaitan mendapatkan maklumat sebenar menimpa Muhammad Adib daripada mulutnya sendiri.

"Kita dimaklumkan Muhammad Adib kini sudah boleh berkomunikasi cuma buat masa ini, tidak dibenarkan masuk untuk ambil keterangan susulan dia masih dalam pemantauan dan rawatan rapi daripada doktor pakar.

"Kita sebenarnya berminat selepas dia boleh memberikan isyarat dan boleh menulis. Ini bermakna banyak perkara boleh diketahui dan didengar daripada dia sendiri berkenaan kejadian menimpanya semasa rusuhan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU UiTM dan JBPM di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini ,hari ini.

Muhammad Hamdan berkata, pihaknya berharap doktor pakar merawat Muhammad Adib boleh memaklumkan kondisi kesihatan itu dalam satu atau dua hari lagi.

Katanya, keadaan Muhammad Adib dikatakan sudah stabil namun masih kritikal ekoran masih menggunakan mesin tertentu bagi menstabilkan organ dalamannya.

"Bagaimanapun, Muhammad Adib mempunyai semangat kental kerana beliau turut mendapat sokongan daripada keluarga dan tunangnya yang banyak membantu.

"Kita doakan semoga dia cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa," katanya.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah ketika bertugas dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya.

Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika kejadian itu dikejarkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi.

Beliau bagaimanapun dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya dan dilaporkan tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.

 

Foto - FMT

 

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619