SELANGOR

Karnival 3W bantu rakyat jaga kesihatan

12 Dis 2018, 2:06 AM
Karnival 3W bantu rakyat jaga kesihatan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 DIS: Program Karnival 3W akan diadakan di seluruh Selangor, mulai tahun depan bagi membantu dan membimbing rakyat bagi pelbagai aspek termasuk penjagaan kesihatan.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, karnival itu akan dijalankan di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, pada akhir bulan, dari Januari hingga Disember.

"Karnival 3W iaitu Women (Wanita), Wellness (Kesejahteraan) dan Welfare (Kebajikan) adalah program bantuan kepada rakyat negeri ini dari aspek kebajikan termasuk bimbingan kesedaran bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

"Program dirancang ini akan kita jalankan di seluruh 12 PBT di Selangor untuk semua golongan sasaran seperti wanita, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, sebagai permulaan pihaknya menjalankan program perintis iaitu ceramah kesihatan dalam program Kembali Ke Sekolah Dengan Minda Sihat di Pangsapuri Sri Indah, Seri Kembangan, Sabtu lalu iaitu salah satu kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang diwakilinya.

"Ceramah disampaikan penceramah jemputan memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung masalah kesihatan mental dan fizikal," katanya memaklumkan seramai 110 pelajar menerima bantuan dalam program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619