SELANGOR

Timbalan Speaker baharu diumum sebelum Mac

10 Dis 2018, 9:56 AM
Timbalan Speaker baharu diumum sebelum Mac
Timbalan Speaker baharu diumum sebelum Mac

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 10 DIS: Kerusi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) akan diisi pada Persidangan DNS pertama tahun hadapan yang dijangka diadakan Mac 2019.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau akan mendapat persetujuan dengan kepimpinan parti peringkat negeri dan pusat sebelum memutuskannya.

"Mohd Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker pada Jumaat lalu selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker dan akan diisi pada hari pertama persidangan dewan bulan Mac ketika dewan mula bersidang nanti.

"Lama lagi, pada masa ini mimpi (calon) belum dapat lagi tetapi kalau ikut tradisinya ini memang kerusi KEADILAN dan saya harus mendapat persetujuan kepimpinan negeri dan juga pusat terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Balairung Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Ketika mengulas pembahagian portfolio, Amirudin berkata, Mohd Khairuddin akan menyandang portfolio Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta Pembangunan Modal Insan.

Sementara itu, portfolio Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam pula akan diterajui Amirudin sendiri.

"Saya hanya menambah Agama Islam dan Pendidikan di mana saya akan melantik seorang atau dua pembantu EXCO yang akan diumumkan nanti untuk membantu melaksanakan tugas dalam institusi agama Islam di Selangor kerana ia memerlukan kerap turun ke padang," katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman hari ini mengangkat sumpah sebagai EXCO yang baru bagi menggantikan Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia, pada 2 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619