PBT

'Cashless Transaction' Pasar Malam dilaksana 2019

8 Dis 2018, 1:08 AM
'Cashless Transaction' Pasar Malam dilaksana 2019
'Cashless Transaction' Pasar Malam dilaksana 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANGI, 8 DIS: Mekanisme baharu bakal diperkenal Kerajaan Negeri kepada peniaga pasar malam melalui penggunaan aplikasi telefon pintar 'Cashless Transaction' secara berperingkat, mulai 2019

Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, langkah berkenaan sebagai persiapan ke arah mewujudkan 'Cashless Society', sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang fizikal.

Katanya, aplikasi yang diyakini dapat membantu golongan usahawan di Selangor itu sudah 90 peratus siap dibangunkan sepenuhnya.

"Sememangnya ia adalah 'trending' dan benda baharu. Jika peniaga tidak menggunakan transaksi tanpa tunai ini, mereka akan ketinggalan dalam bentuk perniagaan yang ada pada masa sekarang.

"Sekalipun mereka tidak tahu cara menggunakan aplikasi ini, kita akan bantu mereka untuk membuat 'QR Coding'," katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Jelajah Usahawan Selangor 2018, peringkat Daerah Hulu Langat, di Perkarangan Letak Kereta McDonalds Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Hulu Langat, Dato' Engku Abdul Jalil Abdul Rani; Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato' Rosli Othman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Sayuthi Bakar

Rodziah berkata, bagi memastikan keberkesanan aplikasi itu, peniaga juga perlu mempunyai pengkodan (coding) tersendiri supaya penggunaannya lebih meluas kepada orang ramai.

"Kita mahu memberi pendedahan kepada rakyat mengenai aplikasi ini, sebaliknya ia bukan terhad kepada peniaga sahaja kerana dengan adanya persamaan antara peniaga dan masyarakat, kita boleh memberi latihan kepada kedua-duanya sekali.

"Jadi, saya berharap dalam tempoh masa tiga tahun jika usaha ini berhasil dan rakyat menjadikan ia sebagai budaya, maka saya percaya Selangor yang mempelopori aplikasi 'Cashless Transaction' akan menjadi contoh kepada negeri lain," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619