SELANGOR

IPK Selangor tawar diskaun 50% bayar saman tertunggak

7 Dis 2018, 2:39 AM
IPK Selangor tawar diskaun 50% bayar saman tertunggak

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Siasatan dan Penguat kuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menawarkan diskaun 50 peratus bagi bayaran saman tertunggak.

IPK Selangor melalui kenyataan di facebook berkata, tawaran berkenaan dibuat bermula dari 13 hingga 15 Disember ini, di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, Pandan Indah.

"Kaunter mula dibuka pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan orang awam boleh membuat bayaran saman meliputi semua jenis saman trafik seluruh Malaysia.

"Antara kesalahan yang layak mendapat diskaun ialah saman membabitkan kes bicara di mahkamah, waran tangkap 2018, saman akibat kemalangan, saman Ops Selamat 2018 dan saman membabitkan penggunaan alat komunikasi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619