SELANGOR

Pusat Kecemerlangan Robotik platform realisasi 'smart state'

7 Dis 2018, 2:19 AM
Pusat Kecemerlangan Robotik platform realisasi 'smart state'

OLEH NAZLI IBRAHIM

CYBERJAYA, 7 DIS: Usahasama penubuhan Pusat Kecemerlangan Robotik, di Malaysia mampu menjadi platform dalam usaha Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai 'smart state' serantau.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerjasama itu turut memberi nilai tambah kepada ekosistem dan persediaan negara berhadapan kedatangan revolusi industri 4.0.

"Satu tugas yang berat untuk menjadi 'smart state' pertama di dunia berbanding 'smart city', namun boleh direalisasikan dengan kerjasama semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Usahasama antara Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Yayasan Promosi Industri Bucheon (Bipf), Korea bersama Advance Technologies Innovative Alliance (ATIA), di Bangunan Pesuruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, di sini, semalam.

Katanya, Korea dipilih ekoran kepesatan pembangunan teknologi di negara itu, di samping sokongan kuat kerajaan negara berkenaan.

Beliau juga tidak menolak untuk menjalin kerjasama dengan negara maju lain termasuk negara barat, pada masa akan datang.

Majlis sama turut menyaksikan ATIA melancarkan kolaborasi melalui tiga memorandum persefahaman dengan MTDC, MyRAS dan MARii.

Dalam persefahaman itu, ATIA berperanan sebagai fasilator kepada syarikat tempatan dan Korea bagi menghasilkan platform kerjasama dan mengeratkan hubungan antara institut teknologi dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi serta robotik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619