SELANGOR

Dr Yaakob dan Suresh Singh dipilih Senator wakili Selangor

5 Dis 2018, 8:10 AM
Dr Yaakob dan Suresh Singh dipilih Senator wakili Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 DIS: Bekas Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan bekas pembantu Ahli Parlimen Puchong bagi sesi 1986-1990, Suresh Singh a/l Rashpal Singh dipilih sebagai Senator Dewan Negara mewakili Kerajaan Negeri.

Pemilihan Yaakob dan Suresh Singh dibuat bagi menggantikan Senator Chandra Mohan dan Senator Dr Muhammad Nur Manuty yang tamat tiga tahun tempoh perkhidmatan masing-masing.

Yaakob daripada KEADILAN yang pernah menyandang EXCO Kerajaan Negeri sebelum ini dicadangkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Sementara itu, pemilihan Suresh Singh daripada DAP pula dicadangkan oleh Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dalam ucapan penutup Persidangan Dewan Negeri Selangor berkata, beliau yakin Yaakob dan Suresh Singh mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

"Tahniah kepada Senator Yaakob dan Senator Suresh Singh dan saya percaya mereka akan mewakili Kerajaan Negeri dengan baik seperti ditpertanggungjawabkan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619