SELANGOR

IPR masih kekal

5 Dis 2018, 4:58 AM
IPR masih kekal

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 5 DIS: Penduduk di negeri ini tidak perlu bimbang dengan dakwaan kononnya program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bakal dihapuskan.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, kekeliruan berlaku apabila Kerajaan Negeri membuat penjajaran semula terhadap program yang mendapat sambutan hangat itu.

"Sememangnya Kerajaan Negeri tetap meneruskan agenda kebajikan rakyat Selangor melalui IPR, namun penjajaran semula diperlukan pada ketika ini memandangkan situasi ekonomi semasa negeri.

"Maka, penyelarasan diperlukan dalam usaha melakukan penjimatan ke atas perbelanjaan negeri, di samping terus memastikan kumpulan B40 mendapat manfaat," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komitmen Kerajaan Negeri meneruskan program IPR melalui Belanjawan Selangor 2019.

Beliau juga optimis Kerajaan Negeri akan terus melihat kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam memastikan kesejahteraan hidup mereka.

"Banyak lagi program IPR yang masih kekal dan tidak terbabit dengan penjajaran semula, maka bagi yang layak boleh memohon," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619