SELANGOR

Penduduk gembira Pulau Ketam semakin cantik

5 Dis 2018, 3:09 AM
Penduduk gembira Pulau Ketam semakin cantik
Penduduk gembira Pulau Ketam semakin cantik

OLEH SHEEDA FATHIL

PULAU KETAM, 5 DIS: Kebanyakan penduduk di Pulau Ketam berterima kasih kepada pihak berkenaan yang peduli terhadap kebersihan persekitaran kawasan terbabit.

Salah seorang penduduk, Ah Chui Lew, 64, berkata beliau akui Pulau Ketam kini semakin bersih berbanding sebelum ini dan jumlah pelancong yang hadir juga semakin ramai.

"Saya berterima kasih kepada pihak terbabit yang berusaha membangunkan pulau ini dan berharap supaya ia lebih dikenali pada masa akan datang," katanya kepada SelangorKini.

Pemilik hotel di Pulau Ketam, Cah Rong Sen berkata, pelancong yang hadir ke Pulau Ketam semakin bertambah sejak persekitaran, di sini semakin bersih.

"Malah, promosi juga dilihat semakin luas sehingga ramai orang luar suka datang ke sini walaupun hanya menginap semalaman atau sekadar mahu menikmati makanan," katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Jo Poh Chai, 48, berkata sudah tiga kali beliau dan keluarga datang ke pulau itu untuk bercuti dan ia menjadi salah satu destinasi kegemarannya.

"Saya sukakan pulau ini kerana suasana tenang, makanan yang sedap serta penduduk juga peramah," katanya.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam, Shukri Zakaria memuji disiplin yang diamalkan penduduk di kawasan terbabit yang sentiasa menitikberatkan kebersihan, terutama selepas pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan.

"Sudah dua tahun saya mengajar di sekolah ini dan pada peringkat awal memang agak mengejutkan, namun selepas itu sedikit demi sedikit perubahan terjadi kepada pulau ini.

"Saya selaku guru turut menerapkan elemen penjagaan kebersihan kepada pelajar supaya ia terus diamalkan dan syukur kerana menjadikannya sebagai ikutan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619