SELANGOR

IPR masih diteruskan

4 Dis 2018, 9:54 AM
IPR masih diteruskan
IPR masih diteruskan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 DIS: Pensejajaran program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) hanya membabitkan beberapa agenda sahaja, manakala selebihnya masih diteruskan seperti biasa.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pensejajaran berkenaan juga membabitkan penambahbaikan program antaranya Kasih Ibu Smart Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa strategi bagi memastikan ia diberdayakan dari program pemberian kepada pemerkasaan untuk memastikknya lestari dan tidak membebankan pentadbiran akan datang.

"Sebagai Dato' Menteri Besar, saya bertanggungjawab memastikan ekonomi negeri ini terus kekal seimbang kerana tidak guna bermewah jika akan datang menanggung beban.

"Seperti dalam penggulungan Belanjawan Negeri minggu lalu, setiap golongan sentiasa diberi perhatian, namun fokusnya sedikit berbeza.

"Untuk B40, kita memberi suntikan bagi mengurangkan bebanan kewangan, manakala M40 pula kita mempertingkatkan kemampuan sama ada kemahiran, modal perniagaan mahupun pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul peruntukan pembangunan Belanjawan 2019, pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Pada masa sama, Amirudin berkata, program Skim Mesra Usia Emas masih diteruskan melalui peruntukan RM19 juta, namun terdapat kajian untuk menghubungkannya dengan program baharu, iaitu pusat warga emas.

Katanya, Kerajaan Negeri kini di peringkat penyediaan kertas cadangan dan kos untuk mewujudkan program khas, di pusat itu.

"Begitu juga dengan KISS, kita tidak potong tetapi tambah baik dengan memberi tambah nilai melalui program pemberdayaan keusahawanan dan kemahiran serta memberdayakan Pusat Wanita Berdaya supaya keluar dari kelompok kemiskinan dalam tempoh tertentu.

"Manakala bagi program TAWAS pula, kita memikirkan perlunya satu sistem yang menjana pelaburan supaya kita boleh menanggung pemberian RM1,500 kepada anak Selangor yang berdaftar.

"Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan Permodalan Nasional Berhad untuk melihat bagaimana kita dapat melaksanakan pelaburan itu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619