SELANGOR

MB: Kata putus perbincangan isu kuil diketahui dua minggu lagi

3 Dis 2018, 7:48 AM

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 3 DIS: Keputusan daripada hasil pertemuan Kerajaan Negeri bersama pihak terbabit dalam kemelut isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, dijangka akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sebelum ini pihaknya sudah mengadakan beberapa perbincangan secara tertutup dan ia berlaku dalam keadaan positif.

“Sudah ada dua atau tiga pertemuan berlaku dan sangat positif.

“Satu atau dua minggu lagi daripada hasil perbincangan ini, saya belum dapat (result) keputusan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dan memanggil pemaju One City Development Sdn Bhd serta penguruan kuil selewat-lewatnya, pada esok hari.

Katanya, perbincangan itu bagi mencari jalan penyelesaian dan kata putus berhubung isu terbabit.

"Perbincangan dibuat dalam dua bentuk, sama ada secara bersama atau berasingan dan diketuai oleh saya sendiri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619