SELANGOR

Tagline 'Made in Sepang' bawa produk usahawan ke mata dunia

1 Dis 2018, 8:53 AM
Tagline 'Made in Sepang' bawa produk usahawan ke mata dunia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG, 1 DIS: Tagline 'Made in Sepang' bakal membawa produk daerah itu ke peringkat lebih tinggi sekali gus memperkasakan usahawan di situ.

Pegawai Daerahnya, Mohd Yazid Sairi berkata, Sepang sememangnya terkenal dengan pelbagai produk dilahirkan usahawan berjaya termasuk buah naga dan nenas premium.

Katanya, selain itu produk pertanian termasuk ubi kayu, terung dan betik turut mendapat permintaan luas sehingga ke luar negara.

"Justeru penggunaan tagline 'Made in Sepang' ini diyakini mampu melebarkan lagi sayap usahawan di Sepang kerana kita mempunyai 'branding' tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Jelajah Usahawan Selangor (JUSEL) peringkat daerah Sepang di Tapak Penjaja Putra Perdana, Puchong, di sini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Mohd Yazid berkata, jelajah berkenaan membuka mata masyarakat setempat berhubung peluang yang diberi Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat menjadi usahawan berjaya.

Katanya, pelbagai agensi Kerajaan Negeri seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan pihak perbankan bersedia membantu orang ramai yang berminat menjadi usahawan.

"Saya juga menggesa supaya persepsi memiliki ijazah sebagai kejayaan utama dalam kehidupan seseorang perlu diubah.

"Kita tidak mahu lagi pemilik ijazah hanya mencari kerja sahaja, sebaliknya mereka perlu mewujudkan peluang pekerjaaan buat orang lain melalui bidang usahawan.

"Oleh itu, gunakanlah peluang sebaiknya apabila program seperti JUSEL ini diadakan, datang dan ambil segala maklumat dari agensi kerajaan yang ingin salurkan kepada anda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619