EKONOMI

Keuntungan bersih suku ketiga CIMB meningkat kepada RM1.18 bilion

29 Nov 2018, 6:46 AM
Keuntungan bersih suku ketiga CIMB meningkat kepada RM1.18 bilion

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.18 bilion dalam suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2018, berbanding RM1.13 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil, bagaimanapun, susut kepada RM4.14 bilion daripada RM4.42 bilion sebelumnya disebabkan terutamanya pendapatan operasi yang turun 6.4 peratus tahun ke tahun dberikutan penurunan pendapatan bukan faedah dan pendapatan faedah bersih masing-masing sebanyak 17.0 peratus dan 1.6 peratus.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CIMB berkata keuntungan bersih suku tersebut yang bertambah baik disumbang daripada semua segmen kecuali perbankan borong yang susut 41.7 peratus tahun ke tahun dalam semua segmen borong memandangkan pasaran modal yang lemah.

Pada masa hadapan, kumpulan perbankan itu berkata ia yakin dapat mencapai sasaran Target 18 (T18) utamanya tetapi masih berhati-hati dalam keadaan ekonomi serantau yang lemah dan ketegangan perdagangan global.

"Dalam keadaan ini, kumpulan akan terus mengawal kualiti aset dan kos dalam semua perniagaan dan geografi di samping memuktamadkan pelan separuh penggal seterusnya untuk merangsang pertumbuhan yang lebih kukuh,” kata CIMB Group.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619