SELANGOR

Harga kelapa jatuh, FAMA setuju bantu petani

29 Nov 2018, 3:40 AM
Harga kelapa jatuh, FAMA setuju bantu petani

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 NOV: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyatakan persetujuan untuk membeli kelapa bagi mengatasi lambakan hasil pertanian itu, baru-baru ini.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, FAMA bersetuju untuk membeli buah kelapa gred A dengan harga lantai berjumlah RM1.10.

"Langkah ini diambil setelah saya melihat sendiri adanya lambakan buah kelapa dan pihak saya telahpun mengadakan lawatan ke Sungai Air Tawar.

"Namun dari hasil siasatan mendapati lambakan buah kelapa tersebut ialah bagi gred C sahaja, sementara gred A telahpun berjaya dijual, bagaimanapun FAMA memaklumkan mereka boleh membeli kelapa gred C dengan harga lantai 70 sen," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Ahmad Mustain Othman ketika sesi soalan tambahan berkata, penduduk di kawasannya seringkali mempertikaikan keadaan harga kelapa yang semakin menurun sehingga mencecah 50 sen sebiji sahaja.

Mengulas lanjut, Izham berkata, beliau juga akan meminta petani membuat penanaman semula jenis kelapa dari baka yang lebih baik.

"Antara jenis kelapa yang baik termasuk Kelapa MATAG (Cocos Nucifera 'Matag') dan kelapa pandan.

"Kedua-dua jenis kelapa ini mendatangkan hasil lebih lumayan dan membantu petani mendapatkan pulangan lebih baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619