SELANGOR

Paya Jaras dapat hadiah terbesar dalam sejarah

27 Nov 2018, 9:37 AM
Paya Jaras dapat hadiah terbesar dalam sejarah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 NOV: Pelbagai peruntukan kepada penduduk Paya Jaras melalui Belanjawan Selangor 2019 disifatkan sebagai hadiah terbesar dalam sejarah kawasan itu.

Ahli Dewan Negerinya, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia merujuk kepada pembinaan 1,400 unit projek Rumah Selangorku, projek tebatan banjir bernilai RM50 juta dan RM8 juta untuk laluan alternatif.

"Ini (peruntukan) paling besar pernah Paya Jaras terima yang juga merupakan manifesto saya dalam kempen pilihan raya umum lalu.

"Saya juga tidak menyangka Dato' Menteri Besar mendengar keluhan rakyat Paya Jaras," katanya kepada SelangorKini, di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Timbalan Speaker DNS akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya memberi keutamaan kepada penduduk Sungai Buloh untuk membeli rumah mampu milik, di kawasan berkenaan.

Beliau juga berharap peristiwa banjir besar yang berlaku beberapa minggu lalu dapat dielakkan selepas projek tebatan banjir siap kelak.

"Selain itu, saya juga sedang mengusahakan beberapa projek pembangunan seperti pasar bertingkat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619