SELANGOR

ICERD: Itu hak dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

24 Nov 2018, 2:53 AM
ICERD: Itu hak dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Persekutuan pastinya memikirkan semua faktor sebelum memutuskan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) seperti yang diumumkan.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Pakatan Harapan (PAKATAN) dan parti KEADILAN berpegang teguh kepada dasar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan seperti yang diamalkan sebelum ini.

"Itu hak dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sudah pastinya Kerajaan Persekutuan menyedari tentang perkara dan perkembangan semasa kerana ia berkait rapat dengan kedudukan Perlembagaan negara kita.

"Memang dasar PAKATAN dari awal dan parti KEADILAN mempertahankan asas-asas dalam Perlembagaan kita," katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2019 (Belanjawan'19) di Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini," menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619