SELANGOR

Yakin Kerajaan Negeri kekal komitmen memberdaya rakyat

24 Nov 2018, 2:48 AM
Yakin Kerajaan Negeri kekal komitmen memberdaya rakyat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 24 NOV: Bekas Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan Belanjawan Selangor 2019 sebagai usaha Kerajaan Negeri mengekalkan komitmen untuk memberdaya rakyat.

Menerusi twitter, Mohamed Azmin berkata, belanjawan sulung Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari itu juga adalah manifestasi usaha mensejahterakan negeri.

"Saya yakin dasar-dasar yang diumumkan untuk mempertingkatkan sosio-ekonomi rakyat Selangor pasti berjaya. Tahniah Selangor dan Amirudin," tulisnya.

Semalam, Kerajaan Negeri mengumumkan sebanyak RM2.56 bilion dianggarkan untuk perbelanjaan bagi Belanjawan Negeri Selangor 2019.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.28 bilion atau 50 peratus telah diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 50 peratus lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri akan melaksanakan perbelanjaan seimbang di antara peratusan belanja pembangunan dengan peratusan belanja mengurus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619