SELANGOR

Belanjawan'19: KPI penentu pemberian bonus 2019

23 Nov 2018, 1:42 PM
Belanjawan'19: KPI penentu pemberian bonus 2019
Belanjawan'19: KPI penentu pemberian bonus 2019

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Selangor akan menggunakan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menentukan kadar pembayaran bonus buat penjawat awam mulai tahun hadapan.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata penggunaan sistem itu menyaksikan tiada lagi pembayaran bonus secara langsung seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Pemberian bonus boleh ditingkatkan tetapi saya tidak tetapkan lagi. Kita boleh tambah lagi pada masa hadapan tetapi tidak boleh melangkaui sempadan. Ia akan berasaskan prestasi agensi dan individu.

"Insitut Pemberdayaan Pekerja dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan melakukan garis panduan yang kemudiannya akan kita selaraskan," katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2019 (Belanjawan'19) di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Dalam pembentangan belanjawan sebelum itu, Amirudin mencadangkan pembayaran bantuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji yang akan dibayar pada 20hb Disember 2018 memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM34.53 juta.

BACA: https://selangorkini.my/2018/11/belanjawan19-sebulan-gaji-bantuan-khas-kewangan-penjawat-awam/

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619