SELANGOR

Selangor sasar naik taraf MPSJ kepada Bandaraya

23 Nov 2018, 12:36 PM
Selangor sasar naik taraf MPSJ kepada Bandaraya

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri tekad meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan dengan mengambil pelbagai langkah pada tahun 2019.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, antara langkah diambil dengan mensasarkan menaik taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya dan dua Majlis Daerah lain dinaikkan kepada Majlis Perbandaran.

"Kerajaan Negeri mensasarkan dua Pihak Berkuasa Tempatan untuk dinaiktaraf dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat. Manakala peningkatan status dari MPAJ kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya," katanya.

Amirudin berkata, selain menaik taraf PBT, bagi agenda memperkasakan Pejabat Dewan Negeri Selangor (DNS) di bawah Peraturan-Peraturan Tetap 1965 telah meluluskan penubuhan sembilan Jawatankuasa Pilihan / Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Penggal Keempat Belas.

Langkah ini bertujuan memastikan Pembangunan Smart Selangor dilaksanakan dengan telus dan berintegriti seperti mana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) dan lain-lain.

Katanya, selain itu Sistem Smart Hadir turut diperkenalkan bagi tujuan merekodkan kehadiran dan keberadaan semua peringkat daripada Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, Pegawai Kanan Kerajaan, Pegawai Bertugas hingga Pekerja Am.

Katanya, pemantauan kehadiran ini dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak dingini berlaku.

"Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan Negeri juga telah bersetuju hanya satu laluan utama sahaja dibuka sepanjang persidangan berlangsung dan penambahbaikan kepada sistem akan dibuat dari semasa ke semasa," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619