SELANGOR

Belanjawan'19: RM5.65 juta laksana kepelbagai biodiversiti

23 Nov 2018, 11:02 AM
Belanjawan'19: RM5.65 juta laksana kepelbagai biodiversiti

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan RM5.65 juta bagi melaksanakan kepelbagaian biodiversiti unik, di Selangor untuk memastikan ia terus dipelihara dan dipulihara.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, RM2.5 juta diperuntukkan bagi usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, kesan perubahan iklim serta pemanasan bumi dengan memfokuskan Pelaksanaan Tanam Pokok Dalam Bandar juga Pengindahan Lanskap.

"Manakala sejumlah RM3.15 juta peruntukan bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar ke atas bekas tapak pelupusan sisa pepejal," katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM400,000 untuk melindungi sumber biodiversiti negara melalui aktiviti seperi Program Pendidikan Biodiversiti, Pameran penerbitan bahan cetak serta ceramah kesedaran.

Katanya, pelaksanaan Hari Tapir Peringkat Selangor yang diadakan pada setiap tahun juga adalah inisiatif Kerajaan Negeri mempertingkatkan kesedaran yang dimulai di peringkat sekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619