SELANGOR

RM16.6 juta untuk Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor

23 Nov 2018, 10:51 AM
RM16.6 juta untuk Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukan RM16.6 juta bagi membiayai Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor pada tahun 2019.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, biasiswa itu adalah Biasiswa Sagong Tasi, Biasiswa DYMM Sultan Selangor (Sekolah Alam Shah, Putrajaya) dan Biasiswa Menteri Besar.

"Pada tahun 2019, sejumlah RM16.6 juta peruntukan disediakan dengan cadangan pemurnian dasar dan penjajaran program Pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor," katanya.

Amirudin berkata, selain biasiswa peruntukan ini turut bagi membiayai Program Peduli Siswa Dalam Negara (IPTA/IPTS), Program Khas Kakitangan Awam, Program Khas Selangor Brain Bank (Pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga Phd) dan Program Khas Peduli Siswa Luar Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619