SUKANKINI

Tahniah Goh Jin Wei - MB

21 Nov 2018, 3:27 AM
Tahniah Goh Jin Wei - MB
Tahniah Goh Jin Wei - MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 21 NOV: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan atlet badminton negara, Goh Jin Wei yang merangkul kejuaraan remaja dunia.

Menerusi twitter, beliau berkata, kemenangan Jin Wei melalui kejohanan badminton dunia itu dapat memacu prestasinya di arena antarabangsa.

"Saya berharap kemenangan ini juga memberi galakan kepada pemain badminton muda negara yang lain," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Jin Wei melengkapkan musim cemerlang apabila merangkul kejuaraan remaja dunia buat kali kedua di Markham, Kanada.

Remaja berusia 18 tahun itu membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia, terlalu kuat buat Line Christophersen dari Denmark apabila menang mudah 21-13, 21-11 untuk dinobat sebagai juara perseorangan wanita.

Ini adalah gelaran kedua Jin Wei selepas menang pada 2015, malah kejayaannya hadir hanya sebulan selepas dia memahat sejarah merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Remaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619