ALAM SEKITAR & CUACA

Pencemaran udara pendekkan umur hampir dua tahun

20 Nov 2018, 2:27 AM
Pencemaran udara pendekkan umur hampir dua tahun

NEW YORK 20 NOV: Pencemaran udara, sebahagian besarnya disebabkan pembakaran bahan api fosil, mengurangkan jangka hayat secara purata 1.8 tahun setiap seorang, menjadikan ia sebagai pembunuh utama dunia, kata penyelidik semalam.

Partikel halus yang ditelan daipada udara tercemar mengurangkan jangka hayat lebih daripada perokok, yang berkurangan sebanyak 1.6 tahun, dan lebih bahaya berbanding ancaman kesihatan lain seperti perang dan HIV/AIDS.

Indeks Kualiti Udara Kehidupan (AQLI) Universiti Chicago, menunjukkan penduduk di beberapa tempat di India, negara kedua paling ramai rakyat di dunia, hidup 11 tahun lebih pendek disebabkan pencemaran udara teruk.

Purata jangka hayat berada sedikit di bawah 69 tahun di negara dengan 1.3 bilion penduduk itu, menurut Bank Dunia.

Pengkaji melancarkan laman web yang memberitahu pengguna mengenai panjang jangka hayat disebabkan pencemaran udara menurut wilayah di negara diduduki mereka.

Indeks itu berusaha mengubah data sukar difahami kepada ‘metrik palong penting yang wujud - kehidupan’, kata pengarah Institut Dasar Tenaga di Universiti Chicago, Michael Greenstone, dalam kenyataan.

Pencemaran partikel biasanya diukur dalam mikrogam bagi setiap meter padu.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619