NASIONAL

Suspek kes langgar lari Taman Equine ditahan

19 Nov 2018, 3:13 AM
Suspek kes langgar lari Taman Equine ditahan

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Lelaki dipercayai terbabit dalam kes langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan ditahan polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata, suspek berumur lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira 1.43 pagi selepas majikan kepada suspek menyerahkan​​​ lelaki berkenaan kepada polis.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Sarawak itu negatif dadah.

“Bagaimanapun darah suspek diambil bagi ujian alkohol dan suspek akan direman hari ini di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, seorang wanita maut dan empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di kawasan berkenaan.

Wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis tersebut sebelum dilanggar pada kira-kira 8.15 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619