NASIONAL

Wan Azizah: Yang menang tahniah, yang kalah jangan disisih

17 Nov 2018, 4:44 AM
Wan Azizah: Yang menang tahniah, yang kalah jangan disisih

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada bakal saf kepimpinan baru bagi sesi 2018-2021.

Wan Azizah berkata, beliau berharap supaya barisan kepimpinan baru tidak menyisihkan mereka yang kalah pada Pemilihan KEADILAN 2018 lalu.

"Yang menang jalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan yang kalah jangan disisihkan.

"Inilah keluarga besar kita, KEADILAN adalah keluarga yang unik di mana ada orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban dan semua kaum bersama di dalam naungan KEADILAN," katanya.

Wan Azizah berkata, pimpinan tertinggi selepas ini wajar menekankan aspek tarbiyah, displin dan pendidikan politik.

Katanya, langkah ini bagi menjamin anggota KEADILAN setiap peringkat kekal utuh dengan semangat perjuangan dan menjadikan parti itu disegani kawan serta digeruni lawan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619