NASIONAL

AMK gesa anggota kempen PRN Sarawak

16 Nov 2018, 10:16 AM
AMK gesa anggota kempen PRN Sarawak

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 NOV: Anggota dan kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) digesa membantu parti dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau yakin golongan itu mampu membantu kempen, di Sarawak seperti mereka berkempen dalam Pemilihan KEADILAN 2018.

"Selepas pemilihan tentu penat, kita rehat dalam seminggu dan selepas itu kita kena mula berkerja.

"Kalau masa pemilihan boleh ke hulu ke hilir, saya rasa tentu juga boleh turun kempen di Sarawak membantu jentera pilihan raya di sana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kongres AMK, di IDCC di sini, hari ini.

Katanya, berbeza dengan sebelumnya, PRN kali ini dijalankan selepas Barisan Nasional tidak lagi berkuasa di peringkat persekutuan.

Nik Nazmi turut menyatakan keyakinan Pakatan Harapan mampu menang, pada PRN Sarawak nanti.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619