NASIONAL

"Yes Bos, Yes Madam" bukan DNA anggota KEADILAN

16 Nov 2018, 4:47 AM
"Yes Bos, Yes Madam" bukan DNA anggota KEADILAN
"Yes Bos, Yes Madam" bukan DNA anggota KEADILAN

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 NOV: Berbeza dengan amalan Umno, anggota KEADILAN menolak budaya mengampu dengan bersetuju secara membuta tuli terhadap setiap keputusan kepimpinan parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, budaya Umno itu akhirnya merosakkan parti sendiri.

"Kami berbeza dengan Umno, kenapa Umno jadi macam tu? Kerana semuanya 'yes bos', 'yes madam' dan ini akhirnya mendatangkan masalah kepada mereka.

"Kita tak mahu jadi macam tu di mana ini budaya KEADILAN dan cuba kita suruh orang KEADILAN duduk diam, dia tak akan duduk diam kerana ini memang DNA kami," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK di Kongres AMK 2018 di IDCC di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, anggota KEADILAN tetap bersatu di bawah satu perjuangan membawa obor reformasi.

Katanya, beliau percaya semua anggota AMK akan kembali memperkukuhkan parti selepas Pemilihan KEADILAN 2018, baru-baru ini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619