NASIONAL

Isu e-Undi kerana masih baru, kaji penambahbaikan

15 Nov 2018, 4:43 PM
Isu e-Undi kerana masih baru, kaji penambahbaikan
Isu e-Undi kerana masih baru, kaji penambahbaikan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 NOV: Isu berbangkit dalam proses undian sistem e-Undi merupakan perkara normal memandangkan kali pertama ia dilaksanakan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, KEADILAN akan mengkaji untuk penambahbaikan sistem terbabit.

"Sebagai sistem baru tentu banyak kelemahan tetapi saya ucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kerana sedaya upaya melaksanakan dengan baik dan kita sedia menambah baik sistem ini di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN 2018 di IDCC di sini, hari ini.

Katanya, pada pemilihan kali ini JPP berjaya mengendalikan kira-kira 150,000 anggota parti itu membuat pilihan masing-masing.

Sebelum ketibaan Mohamed Azmin disambut meriah dengan paluan gendang dan beberapa pengiring berbusana lengkap pendekar Melayu.

Beliau diiringi Ketua AMK sesi 2014-2018, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Wanita KEADILAN (2014-2018), Zuraida Kamaruddin.

Turut hadir pada acara perasmian itu, Dato' Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Ketua baru kedua-dua sayap parti itu akan diumumkan secara rasmi dalam kongres masing-masing pada esok hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619