NASIONAL

Parkir bertingkat PPR dilaksana berperingkat

15 Nov 2018, 3:19 AM
Parkir bertingkat PPR dilaksana berperingkat

SHAH ALAM, 15 NOV: Projek pembinaan parkir bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekurangan parkir untuk penghuni kediaman berkenaan.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pelaksanaan projek itu merupakan antara projek yang dalam kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita akan lakukan (pembinaan parking bertingkat) secara berperingkat di lima atau enam lokasi PPR bagi memastikan setiap penduduk mempunyai ruang parkir masing-masing serta bagi menentukan laluan jalan raya dikosongkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘The Lost Food Project’ di PPR Kerinchi, semalam.

Mengulas lanjut berhubung keperluan pembinaan parkir bertingkat, Khalid berkata, dengan adanya kemudahan itu, tiada lagi isu jalan dipenuhi kenderaan dan ia penting ketika berlakunya kecemasan supaya polis dan bomba dapat masuk ke kawasan untuk memberikan bantuan segera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619