SELANGOR

Jangan panik jumpa ular dalam rumah

14 Nov 2018, 7:10 AM
Jangan panik jumpa ular dalam rumah

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 14 NOV: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Selangor menasihatkan orang awam supaya bertenang jika terserempak ular di dalam rumah.

Jurucakapnya dalam kenyataan berkata, mudah panik antara kesalahan yang sering dilakukan pengadu apabila menjumpai binatang berbisa itu.

"Daripada kes sebelum ini, ada di antara keluarga yang panik dan terus berlari keluar dari rumah apabila ternampak ular, justeru apabila bantuan tiba, ular dicari tidak ditemui.

"Kebiasaannya, pengadu akan terus berasa risau ekoran itu tidak ditemui dan tidak dapat ditangkap," katanya.

Katanya, pengadu tidak perlu panik sebaliknya perhatikan kedudukan ular itu dengan jarak kedudukan selamat dan menghubungi talian kecemasan 999 dengan kadar segera serta menunggu bantuan tiba.

"Ketika menunggu, dinasihatkan jangan terlepas pandang kedudukan ular dalam rumah itu. Selain memudahkan tugas anggota penyelamat, anda juga akan berasa lega.

"Semoga tips yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619