SELANGOR

Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil

13 Nov 2018, 3:34 AM
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 13 NOV: Kesemua 14 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sentosa yang dijangkiti virus beguk kini berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, kesemua pesakit dikuarantin bagi mengelakkan virus itu dari terus tersebar.

Katanya, kesemua kanak-kanak berkenaan mendapatkan rawatan lanjut selepas pihak pengurusan sekolah memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, pada 8 November lalu.

"Kesemua 14 murid yang berumur dari 10 hingga 12 tahun itu berada dalam keadaan stabil, tapi kami mahu mereka duduk di rumah sahaja kerana virus beguk ini begitu mudah dijangkiti," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, enam bilik darjah di SK Bukit Sentosa juga diarahkan tutup selama dua minggu sementara kesemua peratalan dalam kelas tersebut dibersihkan.

Katanya, beguk merupakan penyakit disebabkan virus Paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

"Tanda dan wabak jangkitan bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada tanda-tanda awal.

"Mereka berkemungkinan menghadapi demam, sakit kepala, mulut kering dan hilang selera, keletihan dan pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619