SELANGOR

Mural gergasi di Klang bakal jadi tumpuan pelancong

13 Nov 2018, 12:04 AM
Mural gergasi di Klang bakal jadi tumpuan pelancong
Mural gergasi di Klang bakal jadi tumpuan pelancong

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 13 NOV : Sebuah mural gergasi di Klang bakal menjadi tumpuan pelancong tidak lama lagi, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran, Tony Leong.

Katanya, sebelum ini, lukisan mural yang terletak di Jalan Kem itu hanya menjadi tempat lalu-lalang nelayan sahaja.

"Mural gergasi ini dilukis di dinding Persiaran Raja Muda Musa menghadap lampu isyarat berhadapan Jalan Kem.

"Saya juga berharap supaya kawasan persekitaran mural itu nanti akan berubah menjadi lebih bersih kerana ia terletak di lokasi strategik," katanya.

Tony berkata, lukisan mural itu dihasilkan dua pelukis antarabangsa iaitu Judith de Leeuw dari Belanda dan Julia Volchkova dari Rusia.

Julia mula berkecimpung dalam dunia lukisan mural sejak 2014 dan mula mencipta karya seninya di Pulau Pinang, Muar dan Kuala Lumpur.

Katanya, mural yang dinamakan 'The Loving Sisters' di Muar pernah diiktiraf melalui The Malaysia Book of Records sebagai lukisan mural terbesar di Malaysia.

"Sementara itu bagi rakannya, Judith pernah menghasilkan lukisan 'Desaku' di Kulim, Kedah, namun kali ini kita pertemukan kedua-dua mereka untuk menghasilkan mural di Klang pula.

"Mural ini dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan November ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619